"Talilah ilmu dengan menulisnya", ya itulah paling tidak "dhawuh" yang penuh hikmah dari seorang ulama. Diakui memang, menulis adalah salah satu tonggak imperium berdirinya kerajaan "ilmu" di dunia. Dengannya kita akan mampu berkomunikasi dengan tokoh, budaya, pemikiran, dan peradaban di sepanjang zaman.
...SaLaaM aLaiKuM... SALAM UKHWAH FILLAH

Sunday, 29 May 2011
mimpi ditampar?
Sebagai gambaran betapa lemahnya pengetahuan manusia terhadap nasib yang akan menimpanya, kita ikuti kisah ini yang mana salah satu bahagiannya bercerita tentang takdir. Mudah-mudahan mampu melengkapkan pengertian kita tentang takdir. Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, seorang ustaz atau siapa pun yang mampu menjawab tiga pertanyaannya. Akhirnya si pemuda bertemu dengan seorang yang bijak lalu dia pun bertanya, "Siapa tuan?Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?" "Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan berusaha menjawab pertanyaan tuan."Jawab orang bijak itu. "Tuan yakin?Bahkan profesor dan banyak orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya." "Saya akan cuba mengikut kemampuan saya." "Saya punya tiga pertanyaan, 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya? 2. Apa yang dinamakan takdir? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang juga dibuat dari api, tentu ianya tidak menyakitkan bagi syaitan, sebab keduanya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu? Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tentu sahaja terkejut yang amat sangat. "Kenapa anda marah pada saya."Tanyanya sambil memegang pipinya sakit. "Saya tidak marah, tamparan itu adalah jawapan saya untuk ketiga-tiga pertanyaan tuan."Jawab si bijak dengan tenang. "Saya kurang faham." Si pemuda berasa hairan. "Bagaimana rasa tamparan saya?" "Tentunya sakit." "Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?" "Tentu saja." "Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!" "Saya tidak boleh." "Itulah jawapan saya atas pertanyaan pertama tuan. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya." "Apakah malam tadi tuan ada bermimpi akan menerima tamparan dari saya hari ini?" Tanya si bijak lagi. "Tidak." Si pemuda menggeleng. "Itulah yang dinamakan takdir." "Dari apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk menampar tuan tadi?" Si bijak kembali bertanya. "Dari tanah." Jawab si pemuda. "Dari apa pula pipi tuan diciptakan?" "Dari tanah juga." "Bagaimana rasanya tamparan saya?" "Sakit." "Walaupun syaitan dan neraka sama-sama terbuat dari api, neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan." Seperti itulah takdir dan kita sama sekali tidak mengetahui apa yang telah ditetapkan untuk kita pada hari esok. Kita hanya mengetahui ketetapanNya yang sedang atau telah terjadi. Adapun Allah mengetahui apa yang telah, sedang dan akan terjadi atas diri kita. Allah yang menetapkan semuanya dan Allah juga lebih mengetahui rahsia di sebalik ketetapanNya. Walaupun takdirNya sering menimpa dengan tiba-tiba dan tidak dijangkakan, kita tidak perlu menyesalinya. Walaupun ketetapanNya sangat berat dan menyakitkan, kita tidak perlu rasa bersalah kerana tidak yang perlu disalahkan dari takdir. Kitalah yang perlu menanganinya dengan bijak untuk kebaikan di masa hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment