...SaLaaM aLaiKuM... SALAM UKHWAH FILLAH

Monday 10 December 2012

riNtihAn sEoranG sAhaBaT






Ya Allah,
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..

Ya Allah,
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah,
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu..

Ya Allah,
Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi
SAHABAT yang dirahmati
SAHABAT yang dikasihi
SAHABAT yang soleh solehah
SAHABAT yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Tuesday 20 December 2011

frens 4 ever

Salam semua…

Hari ni aku nak tulis tentang Kawan Baik pulak,dah tentu semua rakan-rakan yang sedang membaca entri ni ramai Kawan Baik kan ?..So hargailah Kawan Baik anda tak kira la sama ada senang atau susah yer.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai Kawan Baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Kita kawan kan?

Friday 9 December 2011

Lelaki fobia masjid

salam,,,,,
aq da cite bru nk kongsi nie,,, asa2nya korang penah dengar cite lelaki penakut nie...
tp bukan penakut apa, penakut atau dikenali fobia masjid..

LELAKI penakut? Mungkin agak janggal dengan perkataan itu. Biasanya sifat penakut ini dikaitkan dengan golongan wanita yang dianggap lemah. Tidak kiralah takut hantu atau takut melihat kejadian kemalangan yang ngeri. Tetapi pernahkah anda mendengar lelaki fobia masjid atau surau?

Golongan ini ada, mereka bukanlah golongan mat rempit atau mat lalok yang tidak menghiraukan hal ehwal agama. Sebaliknya lelaki fobia masjid ini ada di sekeliling kita. Mereka kelihatan normal, mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadan, membayar zakat namun kebanyakannya belum menjejakkan kaki ke Makkah.

Apakah punca mereka jadi takut atau fobia untuk ke masjid atau ke surau? Jika perempuan kita fahamlah, perempuan lebih afdal beribadat di rumah berbanding masjid. Bayangkan ketika azan berkumandang ada yang sanggup melayan binatang peliharaan seperti ikan atau kucing di rumah daripada menyahut seruan muazin dari masjid. Sedangkan masjid hanya berberapa langkah saja dari rumahnya.

Kalau tidak solat di masjid, mungkin dia solat di rumah agaknya. Tapi bukanlah lelaki digalakkan memakmurkan masjid selain dijanjikan dengan ganjaran pahala yang lebih berbanding jika solat di rumah. Memakmurkan masjid juga bermakna menguatkan perpaduan ummah

Lelaki spesis ini ramai kawan. Jika kawan mengajak pergi ke restoran atau kedai kopi untuk bersembang, dia sanggup terima pelawaan kawannya. Biarlah berbual kosong berjam-jam dia tidak kisah. Kedai kopi atau restoran yang jauh pun dia rela pergi. Sebaliknya apabila ada kawan-kawan mengajak dia berjemaah di surau atau masjid, pelbagai alasan yang diberikan.

Pernah seorang kawan di sekolah mengajak lelaki spesis ini pergi ke surau untuk solat dan berbuka puasa berbagai alasan diberikan untuk menolak pelawaan itu. Pelik sungguh kawan-kawan dengan lelaki ini hingga terkeluar dari mulutnya “agaknya dia akan mati kalau masuk dalam masjid atau surau” usik kawan yang mengajak tadi.

Apa yang silap agaknya? Atau dia tak mahu dikatakan riak kerana bersolat di masjid atau surau, jadi anggapannya biarlah solat itu dilakukan secara bersendirian tanpa pengetahuan orang lain. Kalau fikir pasal takut dikatakan riak, baiklah dia terus meninggalkan kereta mewah yang dia ada, atau rumah besar yang dimilikinya kerana itupun boleh menyebabkan riak jugak.

Mungkin ada alasan yang lain agaknya?


tinggalkan komen ya!!

Wednesday 7 December 2011

Kenapa Aku Malas Sembahyang

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

x da idea nak tulis,, juct copy from:-

- Artikel iluvislam.com

Wednesday 23 November 2011

Onani masalah remaja zaman sekarang

Onani : Masalah Remaja Masa Kini
www.iLuvislam.com
Ustaz Muhammad Rashidi Hj. Wahab*
editor : kasihsayang




PENGENALAN

Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung berpanjangan. Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja. Inilah realiti dunia kita. Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada dari golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani.

Saya juga tidak terlepas dari pertanyaan ini terutamanya melalui perantaraan maya Yahoo Massenger. Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja.

Ada di antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada pula yang ketagih kerana telah diajar oleh pasangan kekasih mereka ketika hangat bercinta dahulu. Ada juga yang lebih teruk lagi dari itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. Jadi mereka semua ini secara umunya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa pun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada masyarakat mengenai permasalahan onani ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua. InsyaAllah.

PENGERTIAN ONANI

Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.

HUKUM ONANI

Pandangan dari Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:

Mengatakan haram onani secara mutlak.

Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud:

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

Pandangan dari Mazhab Hanafi:

Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat.

Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

Pandangan dari Mazhab Hanbali:

Mengatakan haram onani. Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.

Mereka berkata: Mani adalah benda lebih dari tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan:

Dari perbincangan dan perbahasan ulama-ulama mazhab di atas maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani (pendapat dari Mazhab Maliki dan Shafie) samaada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas. Pendapat saya ini juga disokong oleh pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Mahir Mansor Abdul Razak seperti yang terkandung di dalam kitabnya bertanjuk al-Syaz al-Fayah Min Ahadis al-Nikah.

SEKADAR PERINGATAN

Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. (Riwayat al-Baihaqi).


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).


CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI

Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri dari terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:

1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.

2. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.

3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.

4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.

5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.

6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.

7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

8. Berpuasa.

9. Dan sebagainya lagi.

PENUTUP

Saya juga ada terbaca beberapa artikel mengenai bahayanya ketagihan onani dari sudut kesihatan mental dan jasmani.

Di sini juga saya ingin menyarankan dan menyeru kepada semua pihak agar sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat tentang masalah sosial yang menimpa umat Islam di Malaysia khususnya pada masa kini.

Semua pihak mestilah berperanan untuk membawa kembali budaya Islam ke dalam kehidupan masing-masing agar segala masalah sosial yang timbul dapat ditangani dengan sempurna. Peranan ini mesti ditanggung bersama oleh individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin.

Semoga kita semua dijauhi perkara-perkara seperti ini. Aminnn.


* Ustaz Muhammad Rashidi Hj. Wahab* menggunakan nickname 'buluh' di iLuvisam.com. Beliau merupakan salah seorang moderator agama iLuvislam.com. Berdakwah melalui penulisan di http://buluh.iluvislam.com
annyangheseyo kepada girls-girls yang suka kat mamat k-pop sampai bersepah lagu/video korea dalam phone dan salam sejahtera kepada lelaki yang sanggup memalukan diri nak jadi mamat korea oleh kerana gf dia taksub ngan k-pop. ! haha....

sory banyak-banyak klu ada yang terasa....

mesti hampa dah dapat agak apa benda la yang aku nak tulis ari nih...wait ! before that aku nak mintak sorry lah kepada korang yang tacing-tacing *amboi ber'speaking' pulak aku...sirius shit sumpah sampai bila-bila aku tak minat korea, cuma aq minat jalan cite dya ja... nak tau kenapa ? sebab aku tak gay kott..lalala *entah aku eja 'annyangheseyo' tu betol ke tak ? aku dengar kawan aku yang minat korea cakap macam tu, tak tau laa..argh ! lantak laa

firstly, aku nak tanya sebab apa hampa nie minat korea ? and mostly akan menjawab "sebab lelaki/perempuan korea comel" jap! kalau pompuan nak cakap comel aku tak kesah ini pulak lelaki, lelaki + comel = GAY ....
nasihat daripada LELAKI MELAYU YANG KACAK : sudah-sudah laa bakal isteri-isteri, aku ulang isteri-isteri aku di luar sana...psstt berapa banyak isteri daa...well lelaki kan, haha...kalau kawin bersunnah la sangat solat jumaat pon tak pi..bukan aku k ! aku setia pada yang satu ..wee wee *gediknya aku..

semua tempat aku pergi and mostly perempuan akan sembang pasal korea, kamon la girls yang minat macam nak mampos pon khawin ngan orang melayu jugak kan ? korang kenal tak ngan kumpulan nih ?



aku ada one word untuk mereka : fak ! haha...bukan apa kalau macam ni la gayanya rosak kaum adam weyh..bayangkan mat rempit + korea = (nombor satu dari kanan) ...kalau nak minat boleh, aku tak halang tapi jangan laa taksub sangat sampai gambar posing-posing dalam fesbuk pon dah macam haram je aku tengok..mulut muncung + pipi masok angin + letak peace kat pipi + edit mata guna photoshope bagi nampak bulat gila = gambar mintak kaki weyh...


girls/gay boys out there : world is just unfair but u have accept it ! chill la beb ^^
ellow........wey2    ada cpa yang nak dengaq cita aq x??????huhuhu...
bestnya bwu balik dri lasbela....
first day>>>sebelom bertolak,,sedye gler...aq terbangun lwat.cikgu suh berkumpul at skolah jam 8.30 pg..,,,,tp aq terjaga dri tdow jam 8.20 pg..tobat aq kalut ar,,,klut g mandi, entah subuh kemana,,,hahahahx anyway aq trus call....setiausaha lawatan yang aq suh depa tunggu,,,aq engatkan da terlepas
upa2 nya masih lg menunggu 2 orng ustaz yang bwu balik makan....heheheheh
happy nya aq!!!!
da cukup da semua orng,bas pown bergerak..>>>>>>....ke bukit bendera,,

nak tau x da lama aq x g tempat tu,,,,huhuhuhuu....bestnya rasa \,,, aq 6pak banyak perbezaan.....da ubah keta api 6paknya...hehhehe...best gak... laju oooooo keta api tu,, pening kepala aq dibuatnya...


* nie gambaq wak2 sedang beratuq nak nek keta api la

huhhu....penat gler masa kat atas tu...x larat jalan aq....nak g masjid pown tinggi gler,,jenuh memanjat aq....masjid yang kat atas tu engatkan besaq...upa2nya kecik gla....


                          * nie gambaq wak2 dok dalam keta api......malangnya aq x dapat duduk


huhuu....however wk2 dok at atas sempat lg dok bergambaq



hahahah.....second day>>>>>in Malacca...
best dok omestay....n pusing bandar hilir...g dataran pahlawan, g muzium samudera,,,,, but 
yang bestnya tu,apa pown aq x beli, wak2 tu hujan,,,so terpaksa la aq korban wet aq tok beli payung......hehehehehhe.....habis wet aq




....................................................................seharian pusing melaka........................................................


the third day>>>. Bertolak ke KL

ke Pusat Sains Negara,
pas2 ke Masjid Negara,
N ke Berjaya TimeSquare.....
best gak...wk2 kat situ kami g karok....>>>




sampai cini sj aq dapat cite,,,,,
kenangan bersama kengkawan masih x dapat ku lupakan.......
thanks my frewns.............

LiKe-liKe jAnGaN x LiKe